Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP 2022 (Degree & Master)
Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai tawaran biasiswa khas kecemerlangan YTC UCYP 2022 (Degree & Master); Syarat Kelayakan, Kadar Biasiswa serta Cara Memohon.
Artikel Lain: Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor
Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP 2022 (Degree & Master)
Sukacita dimaklumkan bahawa Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP kini dibuka bagi pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana yang bakal melanjutkan pelajaran di Universiti College of Yayaasan Pahang (UCYP) bagi sesi 2022/2023.
Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP ini mensasarkan bantuan pembiayaan pelajaran buat pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau tergolong dalam B40.
Tarikh Permohonan
Permohonan bagi biasiswa ini perlulah dilakukan sebelum tarikh tutup iaitu pada 6 September 2022.
Syarat Permohonan
Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai kesihatan yang baik.
- Ibu dan/bapa/pemohon tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi atau dalam tindakan undang-undang.
- Berumur tidak melebihi 27 tahun semasa tarikh permohonan
- Lepasan STPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda
- Kategori B40 (Pendapatan keluarga perkapita RM 4,849.00 sebulan dan ke bawah)
- Memperoleh PNGK 3.5 dan ke atas
- Telah mendapat surat tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda/Sarjana di University College of Yayasan Pahang (UCYP).
Syarat Kelayakan Akademik
Pemohon juga perlu memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:
Kelayakan | Syarat Minima Akademik | Peringkat Kemasukan |
Lepasan STPM | CGPA 3.50 dan ke Atas | Ijazah Pertama |
Lepasan STAM (disamping mempunyai SPM) | 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan | Ijazah Pertama |
Lepasan Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia/ UIA/Politeknik/ Program Asasi IPTA/lepasan Diploma dan lain – lain setaraf denganya. | CGPA 3.50 dan ke atas | Ijazah Pertama |
Lepasan Ijazah Sarjana Muda | CGPA 3.50 dan ke atas | Ijazah Pertama |
Cara Memohon Biasiswa Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP
Calon yang berminat untuk memohon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :
- Layari pautan permohonan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeyjGK4sN1EtBkY6as8EN6XZZaCt1Zer-GbKBrN-Ff0XCmxoA/viewform.
- Isi semua maklumat dengan lengkap.
- Klik butang submit untuk menghantar permohonan.
- Kemudian, muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1qgi17RYPuxH8PwzBj8HkiAWIIAcwoP4R/view?fbclid=IwAR3NQBRqmG6oZjHQKFxtHFKPaDZP46RvOaKv9wWniWaDDtk95u4A2khdKCQ.
- Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
Pejabat Pengurusan Yayasan Tuanku Canselor UCYP,
Aras 2, Kompleks Yayasan Pahang, Jalan Tanjung Lumpur,
26060, Kuantan Pahang Darul Makmur.
(U/P): Pengarah
Dokumen Yang Diperlukan
Calon diminta untuk kemukakan bersama dokumen sokongan seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir/Sijil Kematian (Pemohon,ibu dan bapa/penjaga).
- Salinan surat tawaran atau pendaftaran pengajian di UCYP (Ijazah Sarjana Muda/Sarjana).
- Salinan penuh Keputusan Peperiksaan (lepasan STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda).
- Salinan Sijil Berhenti sekolah.
- Salinan Sijil Keputusan SPM.
- Salinan Slip Gaji/Penyata Pencen/Pengesahan Pendapatan Ibu dan bapa/penjaga.
- Salinan sijil ko-kurikulum/aktiviti luar.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Cancelor UCYP 2022, sila hubungi pejabat pengurusan Yayasan Tuanku Canselor UCYP di talian 09-404 8999 atau email ytc@ucyp.edu.my.
Sumber: https://ecentral.my/biasiswa-kecemerlangan-ytc-ucyp/