Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai cara renew SSM online & cara perbaharui perniagaan ssm di laman ezbiz
Lain: i-Saraan KWSP Semak Status, Daftar Online & Kelebihan
Cara Renew SSM Online
Berikut adalah panduan cara renew ssm online dari laman https://ecentral.my/cara-renew-ssm-online/
Perbaharui Pendaftaran Perniagaan
PEMBAHARUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN bukan sahaja boleh dilakukan melalui kaunter perkhidmatan SSM, ezBiz Kiosk, portal ezBiz Online (ezbiz.ssm.com.my), malah boleh dilakukan di
- BANK SIMPANAN NASIONAL; atau
- BANK KERJASAMA RAKYAT BERHAD terpilih.
Pembaharuan perakuan pendaftaran boleh dibuat bila-bila masa sebelum tarikh luput tempoh pendaftaran.
Berikut dikongsikan caranya.
Di sini kami terangkan cara buat pembaharuan pendaftaran EEM (renew SSM online) melalui ezBiz.
Langkahnya adalah seperti berikut:
- Pergi semula ke laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
- Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan
- Klik bahagian ‘My Business Service’
- Pilih ‘Renewal by Owners’
- Kemudian pendaftaran perniagaan anda akan dipaparkan.
- Klik di simbol ‘Action’ untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan.
- Semak maklumat perniagaan dan lengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan
(BORANG A1) - Pilih tempoh pembaharuan perniagaan yang diinginkan (1 tahun – 5 tahun)
- Buat bayaran mengikut transaksi yang dipilih.
- Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa
15 minit selepas transaksi pembayaran dibuat.
NOTA: Pembaharuan pendaftaran perniagaan melalui Ezbiz Online dilakukan secara auto approved.
Cara Aktifkan ID EzBiz Bagi Pengguna Pertama Kali
Jika anda merupakan pengguna kali pertama yang belum berdaftar, sila rujuk langkah berikut untuk mengaktifkan ID ezBiz SSM online.
LANGKAH 1
Mula-mula, layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
Tekan butang sign up untuk mendaftar (jika anda pengguna kali pertama).
Pelanggan perlu mendaftar sebagai pengguna portal Ezbiz Online terlebih dahulu.
Tekan butang ‘Sign Up’ dan isikan maklumat No IC dan Nama penuh seperti dalam kad pengenalan.
LANGKAH 2
Kemudian log masuk seperti biasa.
Pelanggan akan menerima emel bahawa pengaktifan ID Ezbiz telah berjaya dan pelanggan boleh meneruskan transaksi yang dikehendaki di Ezbiz online.
LANGKAH 3
Setelah mendapat e-mel pengesahan, anda bolehlah membuat pembaharuan lesen perniagaan melalui laman web ezBiz yang telah didaftarkan tadi.
Muat Turun Aplikasi MySSM
Muat turun MySSM untuk urusan e-Perkhidmatan anda.
Hanya 3 langkah mudah:
1. Cari aplikasi mobil “MySSM” di Google Play (Android) atau Apple Store (iOS)
- Android :https://play.google.com/store/apps/details…
- iOS : https://apps.apple.com/my/app/myssm/id1246087930
2. Muat turun aplikasi mobil “MySSM” di telefon bimbit anda.
3. Setelah muat turun, anda boleh gunakan aplikasi mobil “MySSM”
Cara Renew SSM Secara Manual Di Kaunter SSM, BSN & Bank Rakyat
Jika anda lebih sukakan cara manual dan pergi ke kaunter, anda boleh berurusan di mana-mana kaunter perkhidmatan melalui kaedah temujanji untuk elak beratur panjang.
Borang temujanji : https://www.ssm.com.my/Pages/Borang-Temujanji.aspx
Selain di Pejabat atau Cawangan SSM, kini anda juga boleh membuat pembaharuan lesen perniagaan di BSN atau Bank Rakyat.
Syarat Perbaharui Lesen Perniagaan SSM
- Pemilik atau Orang Yang Bertanggunjawab sahaja dibenarkan
untuk membuat permohonan. - Sijil Perakuan Pendaftaran boleh diperbaharui bila-bila masa
sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga dua belas (12)
bulan selepas tarikh luput pendaftaran.
Harga Renew Lesen SSM
Fi yang dikenakan adalah bergantung kepada jenis perniagaan.
- Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri
seperti di kad pengenalan – RM30.00 - Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian
menggunakan nama tred – RM60.00 - Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan
- Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00
Apa Nak Buat Kalau SSM Expired Lebih Setahun?
Seperti yang dimaklumkan di atas, perakuan pendaftaran yang telah luput melebihi setahun tidak lagi boleh diperbaharui.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan jika anda mahu ‘menghidupkan semula’ atau menggunakan nama perniagaan tersebut?
Pemilik perniagaan boleh mendaftar perniagaan yang baharu menggunakan nama perniagaan yang lama (carian nama akan dilakukan terlebih dahulu.
Jika nama perniagaan tersebut belum digunapakai lagi, nama
perniagaan tersebut boleh digunakan).
Namun demikian, nombor pendaftaran yang baharu akan diberikan.
Dalam masa yang sama pemilik perniagaan boleh membeli surat pengesahan pendaftaran perniagaan (surat reregister) dengan bayaran RM10.00 sebagai dokumen sokongan untuk diberikan kepada agensi yang berkenaan (jika perlu).
Surat pengesahan pendaftaran perniagaan (surat reregister) ini hanya boleh dibeli di kaunter SSM sahaja.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut atau update terkini tentang SSM, sila rujuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia di saluran rasmi berikut:
- Laman web rasmi SSM: www.ssm.com.my
- Facebook : www.facebook.com/ssmofficialpage
- Twitter rasmi SSM : www.twitter.com/ssmofficialpage
- Youtube rasmi SSM: www.youtube.com/ssmofficialpage
- Instagram rasmi SSM : www.instagram.com/ssmofficialpage
Sumber: https://ecentral.my/cara-renew-ssm-online/