Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai login semakan baki pinjaman mara online di laman eBaki MARA
Lain: Cara Renew SSM Online & Perbaharui Perniagaan Di ezBiz
Semakan Baki Pinjaman MARA Online
Berikut adalah maklumat mengenai semakan baki pinjaman mara online dari laman https://ecentral.my/ebaki-mara/
eBaki MARA
Jenis pinjaman pelajaran MARA
Pada masa kini, terdapat 2 jenis pinjaman pelajaran yang diberikan oleh pihak MARA iaitu:
- Tertiary Education Loan Program (TESP) – Khusus untuk pelajar lepasan SPM, Sijil dan Diploma untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama dalam bidang dan institusi dalam negara yang ditetapkan olehh MARA.
- Excellent Student Program (IPMa) – Khusus untuk pelajar cemerlang Institut Pendidikan MARA (IPMa) untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama di dalam dan luar negara dimana pelajar dipilih berdasarkan pencapaian akademik yang cemerlang dan penglibatan aktif dalam kurikulum semasa di IPMa di peringkat sijil dan diploma dengan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Untuk kemaskini jenis pendidikan yang ditawarkan, anda boleh melayari laman Pembiayaan Pendidikan MARA.
Setelah pelajar menamatkan pengajian, mereka dikehendaki membayar semula pinjaman pelajaran yang diberikan dimana jumlah bayaran semula ini ditetapkan berdasarkan pencapaian akademik mereka setelah tamat pengajian.
Fungsi eBaki MARA
Bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian menggunakan pinjaman pelajaran MARA, maka eBaki adalah portal di mana mereka boleh melakukan pelbagai perkara mengenai pinjaman mereka seperti yang berikut:
- Menyemak baki pinjaman pendidikan
- Menyemak penyata pinjaman pendidikan
- Menyemak jadual bayaran semula pinjaman pendidikan
- Permohonan emoratarium
- Permohonan pengurangan pembayaran pinjaman pendidikan
- Melakukan pembayaran semula pinjaman pendidikan
Cara daftar
- Layari lman eBaki di alamat https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/
- Bagi pengguna baru yang ingin mendaftar, klik pada link “Pengguna Baru”
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan untuk melakukan carian
- Kemudian, lengkapkan pendaftaran dan mengisi segagala butiran yang dikehendaki
Cara semak baki pinjaman pendidikan
- Layari lman eBaki di alamat https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/
- Masukkan ID Pengguna dan Kataluan
- Klik butang Hantar
- Pada kolum “Jadual Bayaran Balik” klik [Papar]
Sumber: https://ecentral.my/ebaki-mara/