Pakej 5G Rahmah : Telefon, Telco & Pakej

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Pakej 5G Rahmah info seperti spesifikasi telefon, senarai telco terlibat & pakej yang ditawarkan

Lain: Pakej Rahmah Allo : Cara Langgan & Harga Pakej

Pakej 5G Rahmah

Berikut adalah info mengenai pakej 5G rahmah yang dikongsikan oleh laman Pakej 5G Rahmah – Spesifikasi Telefon, Senarai Telco & Pakej (ecentral.my)

Apa itu Pakej 5G Rahmah

Kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat internet berkualiti pada harga berpatutan.

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati Pakej 5G RAHMAH iaitu pakej telefon pintar 5G pelan data dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00 sempena Bulan Kebangsaan.

Pakej ini turut beserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.00.

Ini juga selari dengan visi dan kerangka Ekonomi MADANI yang turut memberi fokus kepada inisiatif mengurangkan beban ekonomi rakyat.

pakej 5g rahmah telefon rm120 rm240
Sumber : Berita RTM

Beberapa info mengenai pakej ini:

  • Telefon jenama Samsung A14 5G & Honor 90 Lite 5G berharga RM240 dengan pelan data 60GB pada harga RM60 sebulan (untuk semua rakyat).
  • 100,000 pelanggan terawal akan nikmati Pakej 5G Rahmah dengan harga telefon serendah RM120 (untuk B40).
  • Rebat RM10 sebulan Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam.
  • Pakej ini turut menawarkan tempoh waranti dua tahun berbanding hanya satu tahun sebelum ini

Tarikh Pembelian / Pendaftaran

Pakej ini akan berada di pasaran bermula 31 Ogos 2023.

Tawaran Telefon Bimbit Rahmah RM120 & RM240

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Telefon Bimbit di bawah Pakej Rahmah dan spesifikasi yang ditawarkan.

Pakej 5G RAHMAH : Apa yang anda perlu tahu?

Pakej dengan spesifikasi asas pelan data (device bundle) melibatkan telefon pintar berharga tidak melebihi RM240 berserta pelan pascabayar serendah RM60 sebulan dengan data minimum 60GB ditawarkan bermula 31 Ogos hingga Disember ini untuk semua rakyat Malaysia.

Jenama & Spesifikasi Telefon Pintar Yang Ditawarkan

  • Samsung A14 5G
    • Storan 128GB
    • Memori (RAM) 6GB
    • Harga pasaran : RM949
    • Harga Pakej Rahmah 5G : RM240
  • Honor 90 Lite 5G
    • Storan 256GB
    • Memori (RAM) 6GB
    • Harga pasaran : RM1099
    • Harga Pakej Rahmah 5G : RM240
pakej 5g rahmah
pakej 5g rahmah
pakej 5g rahmah
pakej 5g rahmah
pakej 5g rahmah
telefon rahmah
telefon rahmah
pakej telefon rahmah 5g

Sumber: BERNAMA

Tawaran Pakej Rahmah 5G Setiap Telco

Ada yang tanya, adakah semua telco perlu caj RM60 sebulan untuk 60GB data di bawah Pakej RAHMAH 5G? Tidak.

Itu adalah harga maksimum yang boleh dicaj oleh telco kepada pelanggan. Kalau sebelum ini ada yang caj RM98 untuk data 60GB, sekarang tak boleh.

Melalui inisiatif Kerajaan Perpaduan ini, telco akan bersaing untuk memberi pakej yang terbaik kepada pengguna.

Boleh lihat pakej setiap telco di sini.

YES PASCABAYAR

pakej 5g rahmah
pakej 5g rahmah

UNIFI PASCABAYAR

pakej 5g rahmah

UMOBILE U POSTPAID

pakej 5g rahmah

PAKEJ RAHMAH MAXIS

pakej 5g rahmah

PAKEJ RAHMAH CELCOM

pakej 5g rahmah

PAKEJ RAHMAH DIGI

pakej 5g rahmah

Cara Permohonan / Pendaftaran Pakej 5G Rahmah

Untuk pembelian dan pendaftaran, pakej ini ditawarkan melalui 2 cara berikut:

  1. Bersemuka di pusat jualan telco
  2. Dalam talian melalui sesawang telco yang terlibat

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan media lengkap oleh Kementerian Komunikasi dan Digital.

Sumber: Pakej 5G Rahmah – Spesifikasi Telefon, Senarai Telco & Pakej (ecentral.my)