iBantuan Terengganu : Bantuan Ibu Tunggal, OKU & Pencen Rakyat
Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenaiBantuan Terengganu : Bantuan Ibu Tunggal, OKU & Pencen Rakyat: Cara Permohonan, Tarikh Permohonan, serta Syarat Kelayakan.
Artikel Lain: Permohonan Anugerah Pingat Emas & Hadiah Kecemerlangan Yayasan Terengganu
iBantuan Terengganu : Bantuan Ibu Tunggal, OKU & Pencen Rakyat
Kerajaan Terengganu sekali lagi mengambil inisiatif untuk membantu golongan OKU dan Ibu Tunggal serta warga emas melalui Bantuan Ibu Tunggal 2022, Bantuan OKU 2022, dan Pencen Rakyat 2022 bagi meringankan bebanan.
Apakah iBantuan Terengganu?
Sistem i-Bantuan digunakan untuk permohonan Bantuan di bawah kerajaan Negeri Terengganu. Sistem ini telah dihubungkan dengan Sistem Profil Rakyat Negeri Terengganu (PRT20) bagi kegunaan semakan maklumat pemohon.
Maklumat pemohon wajib ada di dalam PRT20 bagi melayakkan pemohon memohon melalui i-Bantuan.
Pemohon wajib mendaftar sebagai pengguna i-Bantuan sebelum mereka membuat permohonan.
Pendaftaran Pengguna ibantuan wajib menggunakan No Kad Pengenalan PEMOHON.
Borang Permohonan akan dicetak melalui sistem ini.
Syarat Utama iBantuan Terengganu
- Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di negeri Terengganu.
- Maklumat pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di negeri Terengganu.
- Permohonan adalah secara atas talian melalui sistem i-Bantuan.
Syarat Permohonan i-Bantuan Bagi Setiap Kategori
Berikut adalah syarat permohonan i-bantuan bagi setiap kategori berikut :
i) Bantuan Ibu Tunggal One-off
Syarat-syarat Kelayakan
- Terbuka kepada semua wanita yang berstatus IBU TUNGGAL.
- Penerima bantuan i-Fitri TIDAK LAYAK memohon.
- Pendapatan isi rumah pemohon di bawah RM2500 sebulan.
- Penjawat awam / kakitangan kerajaan TIDAK LAYAK memohon.
Kadar Bantuan: Tunai RM150 one-off
Untuk mendaftar, mengemaskini dan membuat permohonan baharu sila ke pautan berikut :
https://ibantuan.terengganu.gov.my/
ii) Bantuan OKU
Syarat-syarat Kelayakan :
- Orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan JKM
- Orang kurang upaya (OKU) yang berumur 18 tahun ke atas.
- Orang kurang upaya (OKU) yang bukan kakitangan kerajaan.
- Pemohon adalah BUKAN penerima bantuan bulanan daripada JKM / PERKESO / MAIDAM
Kadar Bantuan: Tunai RM150 one-off
Untuk mendaftar, mengemaskini dan membuat permohonan baharu sila ke pautan berikut :
https://ibantuan.terengganu.gov.my/
iii) Pencen Rakyat Terengganu
Syarat-syarat Kelayakan :
- Berumur 60 tahun dan ke atas pada 01/01/2022.
- Pemohon adalah ketua isi rumah atau salah seorang isi rumah warga emas yang layak memohon.
- Pemohon BUKAN pesara kerajaan atau penerima pencen dan tidak mendapat bantuan bulanan daripada JKM / MAIDAM / PERKESO atau mana-mana agensi kerajaan.
- Pendapatan ISI RUMAH PEMOHON di bawah RM2500 sebulan.
- Penerima Pencen Rakyat tahun 2021 layak untuk menerima semula pada tahun 2022 sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetapkan.
- Permohonan baharu juga dibuka untuk pemohon yang layak.
Untuk mendaftar, mengemaskini dan membuat permohonan baharu sila ke pautan berikut :
https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Tarikh Permohonan iBantuan Terengganu 2022
Tempoh permohonan i-bantuan dibuka secara online dari 24 Ogos hingga 3 September 2022.
Muat Turun Borang Permohonan
Sila muat turun borang permohonan seperti dalam lampiran di bawah atau melalui pautan https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Maklumat Lanjut
Bagi pengguna pertama kali, sila rujuk manual sistem iBantuan dalam lampiran di bawah ini.
PENERANGAN LANJUT :
Sumber: https://ecentral.my/ibantuan-terengganu/