Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai tarikh pembayaran pencen pesara kerajaan tahun 2022 jadual bulanan serta jadual bayaran pencen 2022
Artikel berkaitan: Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022 Seluruh Malaysia
Jadual Bayaran Pencen 2022
Berikut adalah maklumat mengenai jadual bayaran pencen 2022 yang dikongsikan oleh artikel asal di https://ecentral.my/jadual-bayaran-pencen-2022/
Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan
TARIKH PEMBAYARAN PENCEN PESARA KERAJAAN / EMOLUMEN BULANAN TAHUN 2022
Bulan hadapan, pada Januari 2022 akan ada kenaikan 2% dari kadar pencen yang diterima pada Disember 2021.
Kenaikan ini berlaku sejak 2013.
Beberapa pindaan terhadap Arahan Perbendaharaan (AP) 105 mengenai tarikh pembayaran emolumen dan pencen bermula 2022 antaranya kawalan tempoh perbezaan hari maksimum gaji, emolumen boleh dibayar pada hari Jumaat dan lain-lain.
Berikut dikongsikan tarikh pembayaran pencen pesara kerajaan bagi tahun 2022 yang dimuktamadkan secara rasmi untuk hebahan umum.
Tarikh Bayaran Pencen Bulanan Bagi Tahun 2022
BULAN | TARIKH | HARI | CATATAN |
---|---|---|---|
JANUARI | 20.01.2022 | KHAMIS | |
FEBRUARI | 22.02.2022 | SELASA | Tahun Baru Cina 1 & 2 Februari 2022 (Selasa & Rabu) |
MAC | 22.03.2022 | SELASA | |
APRIL | 21.04.2022 | KHAMIS | |
MEI | 23.05.2022 | ISNIN | Hari Raya Puasa 3 & 4 Mei 2022 (Selasa & Rabu) Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2022 (Isnin & Selasa) |
JUN | 21.06.2022 | SELASA | Hari Gawai 01 & 02 Jun 2022 (Rabu & Khamis) |
JULAI | 21.07.2022 | KHAMIS | Hari Raya Haji 10 Julai & 11 Julai 2022 (Ahad & Isnin) |
OGOS | 22.08.2022 | ISNIN | |
SEPTEMBER | 20.09.2022 | SELASA | |
OKTOBER | 13.10.2022 | KHAMIS | Hari Deepavali 24 Oktober 2022 (Isnin) |
NOVEMBER | 2211.2022 | SELASA | |
DISEMBER | 15.12.2022 | KHAMIS | Hari Krismas 25 Disember 2022 (Ahad) |
Kenaikan Pencen Tahunan 2%
Pada Januari 2022 akan ada kenaikan 2% dari kadar pencen yang diterima pada Disember 2021.
Kenaikan ini berlaku sejak 2013.
Boleh dapatkan ‘penyata pembayaran pencen’ dari pautan ini. https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran atau boleh dapatkan dari aplikasi MyPesara.
Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang dilaksanakan kerajaan, KWAP telah dipertanggungjawab untuk mengambilalih fungsi prosesan dan pembayaran faedah persaraan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Inisiatif ini dijangka akan dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan prosesan pembayaran faedah persaraan yang lebih efisien kepada pesara.
Senarai Perkhidmatan yang ditawarkan KWAP:
- Menguruskan pengiraan tempoh perkhidmatan dan Faedah Persaraan;
- Memproses bayaran faedah persaraan yang merangkumi bayaran Ganjaran Perkhidmatan, Wang Gantian Cuti Rehat, pencen bulanan, Bantuan Mengurus Jenazah, bayaran balik tuntutan ubat dan alatan perubatan serta bayaran lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa;
- Memproses penyelarasan pencen;
- Memproses potongan Faedah Persaraan bagi hutang-hutang kerajaan atau atas perintah mahkamah;
- Memproses bayaran balik kepada Agensi atau individu bagi potongan daripada Faedah Persaraan;
- Memproses pemberhentian/penggantungan bayaran pencen
- Pengurusan fail dan dokumentasi persaraan
Bonus Pesara 2022
Menerusi Bajet 2022, seramai 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah akan terima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM700 sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya ketika negara mengharungi tempoh mencabar ini.
Satu juta pesara kerajaan pula akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM350.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
- JPA Pencen : http://www.jpapencen.gov.my/
- Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) : https://www.kwap.gov.my/my
Sumber: https://ecentral.my/jadual-bayaran-pencen-2022/