Kenaikan Gaji Tambahan Khas RM100 untuk Penjawat Awam 2023

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Kenaikan Gaji Tambahan Khas RM100 untuk Penjawat Awam 2023.

Sumber: Kenaikan Gaji Tambahan Khas RM100 Penjawat Awam 2023

kenaikan gaji tambahan khas penjawat awam 2023

Kenaikan Gaji Tambahan Khas RM100 Penjawat Awam 2023

Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas RM100 untuk penjawat awam mulai Januari 2023

Kerajaan bersetuju untuk memberikan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM1.5 bilion.

Berikut dikongsikan laporan penuh berkaitan kenaikan ini.

Kenaikan Gaji Tambahan Khas RM100 Penjawat Awam 2023

Penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 negara bakal menikmati Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 mulai Januari 2023.

Sebelum ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan berita itu kepada penjawat awam melalui MAPPA XVIII: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18.

“Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada 2023 adalah sebanyak RM180,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) terdahulu.

Kenaikan ini bakal dimanfaatkan seramai 1.28 juta penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

Kerajaan turut bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan 1 juta pesara kerajaan sebanyak RM350 dengan implikasi kewangan berjumlah RM1.3 bilion

Tarikh Bayaran

Sebagai membalas khidmat bakti kakitangan kerajaan, Perdana Menteri juga memutuskan supaya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dinaikkan kepada RM600 dan dibayar pada Mac 2023.

Bersama dengan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 yang berkuat kuasa Januari 2023 dan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 menjadikan jumlah tambahan keseluruhan untuk penjawat awam yang layak pada tahun 2023 adalah sebanyak RM2,500.

  • Bantuan Khas Kewangan RM 700
  • Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM 600
  • Kenaikan gaji khas RM 100 X 12 bulan = RM 1,200
  • Jumlah : RM 2,500

Baca laporan penuh inisiatif yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2023 :

Rujuk : https://budget.mof.gov.my/ms/