Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info mengenai Modul Pengurusan Murid SPATKPM public.moe.gov.my seperti cara daftar & kemaskini, lupa kata laluan, nama anak tiada
Lain: Cara Login APDM KPM: Aplikasi Pangkalan Data Murid dan Kehadiran
Modul Pengurusan Murid
Berikut adalah artikel mengenai Modul Pengurusan Murid SPATKPM yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Modul Pengurusan Murid public.moe.gov.my (SPATKPM) (ecentral.my)
Apa itu Modul Pengurusan Murid
Modul Pengurusan Murid adalah satu sistem yang menyimpan maklumat murid yang bersekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Sekolah Swasta.
Ibu bapa perlu membuat kemaskini yang dilakukan secara online menerusi portal public.moe.gov.my itu untuk memastikan maklumat anak-anak dikemaskini sekiranya terdapat sebarang perubahan.
Sebelum ini, pihak sekolah telah mengedarkan Borang Maklumat Murid (BMM) kepada ibu bapa pada setiap awal tahun.
Ibu bapa yang menerima borang tersebut, dikehendaki mengisinya secara manual dan menyerahkan kembali kepada guru untuk proses seterusnya. Namun, sekarang ini semua ibu bapa perlu mengisi data secara dalam talian (online).
Pendaftaran Modul Pengurusan Murid (public.moe.gov.my)
Berikut adalah panduan pendaftaran Modul Pengurusan Murid.
Cara Daftar SPATKPM & Kemaskini Modul Pengurusan Murid
Ikuti panduan berikut untuk cara daftar Modul Pengurusan Murid SPATKM
1.Layari laman web SPS KPM di pautan https://public.moe.gov.my/
2. Daftar masuk (Untuk pengguna kali pertama)
Rujuk cara daftar pengguna kali pertama melalui infografik di bawah:
Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
Bahan Rujukan.
3. Selepas daftar, sila Login.
4. Sila log masuk dengan memasukkan nombor KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN.
5. Sila klik ikon KEMASKINI MAKLUMAT.
6. Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:
- Profil Anak Jagaan
- Alamat Anak Jagaan
- Maklumat Penjaga
7. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat, anda perlu membuat Perakuan Maklumat dan Cetak Borang APDM.
Lupa Kata Laluan SPATKPM
Jika anda terlupa password atau kata laluan, anda boleh mendapatkan kata laluan menerusi permohonan semula kata laluan menerusi e-mel yang telah didaftarkan ketika daftar pengguna baharu ataupun melalui soalan keselamatan.
Nama Anak Tiada Dalam Paparan
Apabila nama anak anda tiada dalam senarai, ia berpunca daripada masalah data peribadi tuan/puan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) tidak tepat ataupun terdapat kesalahan.
Contohnya nombor kad pengenalan yang digunakan bukan nombor kad pengenalan awam 12 digit, terdapat kesilapan angka pada nombor kad pengenalan, penggunaan nombor kad pengenalan tentera/polis, penandaan anda sebagai penjaga utama atau kedua tidak tepat, status hubungan anda dengan anak jagaan tidak tepat atau tidak dilengkapkan dan tidak dilakukan pengemaskinian oleh guru kelas.
Oleh itu anda perlu menghubungi guru kelas bagi menyemak dan melakukan pembetulan jika terdapat kesalahan atau kesilapan.
Sumber: Modul Pengurusan Murid public.moe.gov.my (SPATKPM) (ecentral.my)