Semakan & Bayaran Saman PDRM Online di MyBayar Saman

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai MyBayar Saman iaitu portal semakan saman dan bayaran saman pdrm online mudah dan cepat termasuk diskaun saman pdrm terkini

Lain: Cara Check Saman Polis, JPJ & AES Secara Online Atau SMS

MyBayar Saman

Berikut adalah info mengenai mybayar saman yang dikongsikan oleh https://ecentral.my/mybayar-saman/

Apakah MyBayar Saman?

mybayar saman

Perkhidmatan digital terkini yang baru dilancarkan ini bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).

Anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna dan selepas itu anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang ditawarkan seperti membuat semakan saman dan pembayaran secara atas talian.

mybayar saman

Cara Pendaftaran MyBayar Saman

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran online di aplikasi atau Portal MyBayar Saman.

  1. Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.
  2. Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
  3. Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
  4. Log masuk setelah selesai mendaftar.
  5. Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
  6. Buat Pembayaran secara online melalui kaedah pembayaran yang dipilih
mybayar saman

Gambar di bawah menunjukkan contoh saman yang direkodkan dalam Portal MyBayar Saman.

mybayar saman

Cara Bayar Saman Melalui Portal / Aplikasi MyBayar Saman

Untuk pembayaran saman melalui portal, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat peribadi dengan betul.
  4. Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
  5. Log masuk dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Butiran saman dipaparkan.
  7. Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
  8. Semak saman yang ingin dibayar.
  9. Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
  10. Pembayaran selesai.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi MyBayar Saman, sila layari laman Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.

Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan portal ini kerana pengguna boleh melakukan semakan dan bayaran saman secara atas-talian tanpa sebarang caj perkhidmatan, berbeza dengan beberapa penawaran lain.

Sumber: https://ecentral.my/mybayar-saman/