31 October 2022
Dalam artikel ini kami akan kongsikan mengenai MySPR Semak – Semakan Pusat Mengundi SPR Online serta Cara Mendaftar.
Sumber: MySPR Semak – Semakan Pusat Mengundi SPR Online
MySPR: Semakan Daftar Pemilih / Pengundi SPR Online 2022 (mySPRSemak)
Terkini : SPR Telah Mengemaskini Pusat Mengundi Dan Waktu Keluar Mengundi
Tahukah anda, pendaftaran pengundi baru dan pertukaran alamat kawasan mengundi kini boleh dilakukan melalui portal MySPR Daftar dengan mudah secara atas talian.
Ianya lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa.
Adalah menjadi hak setiap warganegara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.
Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih.
Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kaedah membuat semakan dan pendaftaran.
Sistem Pendaftaran Pemilih / Pengundi Oleh SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil.
SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:
- Pendaftaran Baru
- pendaftaran pemilih buat pertama kali.
- Pendaftaran Tukar Bahagian Pilihan Raya
- permohonan pemilih berdaftar untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru dan mendaftarkan pertukaran alamat tersebut di SPR, maka Bahagian Pilihan Raya beliau akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat baru itu.
Syarat Kelayakan Mendaftar MySPR
Antara syarat kelayakan pendaftaran pemilih ialah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan
- Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa.
Baca juga : Pelepasan Mengundi PRU15, Tidak Boleh Potong Gaji Pekerja
Semakan Pusat Mengundi & Maklumat Pengundi PRU15 (MySPRSemak)
Semakan SPR boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:
Bagi membuat semakan, sila ikuti langkah berikut:
- Muat turun aplikasi MySPR Semak atau terus ke Portal MySPR Semak di pautan berikut https://mysprsemak.spr.gov.my;
- Klik butang [Semakan Daftar Pemilih]
- Isikan nombor kad pengenalan 12 angka
- Tekan butang ‘Semak’.
- Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci.
- Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.
Semakan Maklumat Pilihan Raya Umum Ke-15 boleh dilakukan dengan dua kaedah; sama ada melalui aplikasi telefon pintar MySPR Semak, atau melalui pautan berikut: https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih
Nota: Anda juga boleh membuat semakan melalui Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018.
Jika anda masih belum mendaftar atau tidak didaftarkan, atau jika anda ingin membuat pertukaran alamat mengundi, sila rujuk langkah di bawah.
Cara Daftar Pengundi Online / Permohonan Akaun Baru
SPR telah melancarkan portal terbaru MySPR Daftar bagi memudahkan rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi / pemilih secara online.
Anda boleh membuat semakan, pendaftaran atau memohon pertukaran alamat kawasan mengundi melalui portal ini hanya dengan 3 langkah mudah.
Langkah 1: Permohonan Akaun Pengguna
Sila layari laman web https://myspr.spr.gov.my
Untuk login ke sistem tersebut, pengguna perlu membuka akaun terlebih dahulu.
Klik pada ‘Permohonan Akaun Baru’.
Untuk membuka akaun MySPR Daftar, sila sediakan beberapa maklumat tambahan seperti berikut:
- Nombor telefon bimbit yang sah
- Emel yang sah
- Gambar depan kad pengenalan
- Gambar swafoto bersama kad pengenalan
Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.
Manakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual.
Sebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.
Untuk memuatnaik gambar swafoto dan kad pengenalan, sila rujuk gambar di bawah.
Langkah 2: Pengaktifan Akaun Pengguna
Apabila maklumat permohonan akaun pengguna telah disahkan, anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.
Login menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Langkah 3: Isi Borang A
Selepas berjaya login, klik ‘Status Saya’.
Sekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).
Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang ‘Hantar’.
RUJUK MANUAL :
Panduan-Pengguna-MySPRDownload
Cara Tukar Alamat Tempat Mengundi Online
PERTUKARAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA / PERTUKARAN STATUS
- Sila layari pautan https://myspr.spr.gov.my/login
- Log masuk ke Akaun MySPR anda dengan mengisi No Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA.
- Klik Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya / Pertukaran Status) dengan mengisi borang yang disediakan.
- Pilih KATEGORI PEMILIH di Bahagian 1.
- Isikan ALAMAT LENGKAP SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS PASANGAN dan maklumat yang dikehendaki.
- Muat naik GAMBAR DEPAN MyKad dan GAMBAR SWAFOTO bersama MYKAD berkenaan.
- Semak maklumat yang telah diisi dan klik HANTAR. Satu notifikasi MOHON TAC akan dipaparkan. Anda diminta untuk klik MOHON TAC.
- Anda akan menerima no TAC melalui e-mel dan SMS. Masukkan no TAC dan klik HANTAR.
- Anda akan menerima notifikasi “Borang A TELAH DITERIMA DAN SEDANG DISEMAK UNTUK KELULUSAN oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia” melalui e-mel.
Permohonan Pertukaran Alamat Di MyKAD
Pengemaskinian alamat pada MyKad boleh dilakukan dengan hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dan membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.
Sila rujuk makluman dari JPN yang terkini dalam infografik di atas.
Cara Memohon Undi Pos Online
Untuk memohon undi pos, sila rujuk langkah berikut:
- Daftar Akun MySPR dan aktifkan akaun pengguna
- Log masuk akaun MySPR
- Klik [Permohonan Undi Pos]
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan
- E-mel berkenaan status permohonan undi pos (Diluluskan / Ditolak) akan diterima selepas permohonan diproses.
Cara Daftar & Membuat Semakan Lokasi Pusat Daftar Mengundi Secara Manual
Bagi yang ingin mendaftar sebagai pengundi secara manual, anda boleh berbuat demikian dengan hadir ke kaunter berikut:
- Kaunter Pendaftaran Pemilih
Ibu Pejabat SPR Malaysia
Aras G, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
62100 Putrajaya - Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
- Pejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara
- Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai
- Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission - Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan
Sila semak lokasi cawangan SPR terdekat anda di pautan berikut:
https://www.spr.gov.my/ms/hubungi-kami/cawangan-spr
Muat Turun Aplikasi MySPRSemak
Anda kini boleh memuat turun aplikasi MySPR Semak seperti berikut:
Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/myspr-semak/id1262263101
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details
Maklumat Lanjut
Untuk butiran lanjut tentang MySPRSemak sila hubungi hotline SPR di
No. Talian Hotline Pendaftaran Pemilih : 03-88927018
ATAU
Ajukan soalan melalui sistem aduan di http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.