Insan-i : Cara Mohon Pinjaman KWSP Bercagar BSN (FSA2)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Insan-i : Permohonan Pinjaman KWSP Bercagar BSN (FSA2) atau Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP yang dikongsikan oleh laman https://ecentral.my/pinjaman-kwsp-bsn-fsa2/

Lain: i-Akaun KWSP Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan

Insan-i

Permohonan Pinjaman KWSP Bercagar BSN (FSA2)

Lanjutan daripada pengumuman Kementerian Kewangan melalui kenyataan akhbar bertarikh 21 Mac 2023, KWSP telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) bagi membolehkan pencarum membuat pengeluaran awal bersyarat sebelum umur 50 tahun dan 55 tahun.

Permohonan FSA2 boleh dibuat melalui 2 bank buat masa ini, iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang FSA2 yang akan ditawarkan oleh BSN.

Pengenalan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2)

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan dengan disokong oleh permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Fasiliti Sokongan Akaun 2 / Pinjaman Bercagar KWSP (FSA2 BSN)

Bank Simpanan Nasional menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 14 April 2023.

Berikut adalah maklumat pembiayaan:

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

Kadar Keuntungan*KAS + 1.75%
Had PembiayaanMinimum: RM3,000
Maksimum: RM50,000
Tempoh PembiayaanSehingga 10 tahun atau sehingga umur 55 tahun pada akhir tempoh Pembiayaan, yang mana terdahulu.
Kaedah Bayaran Ansuran BulananTunai di kaunter BSNArahan Tetap Akaun BSN Giro/i (Standing Instruction)Arahan Tetap dari Institusi Kewangan lainIBG/ e-payment ATM/ CDM/ myBSN

Permohonan FSA2 KWSP oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) akan dibuka secara online mulai 14 April 2023 hingga 4 April 2024 menerusi laman web rasmi BSN.

Semakan Kelayakan

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak BSN adalah seperti berikut:

  • Berumur 40 – 50 tahun sewaktu memohon
  • Ahli KWSP (mendaftar i-Akaun dengan KWSP) yang mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 di dalam Akaun 2 KWSP
  • Memahami dan menerima Kesedaran dan Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 di halaman / laman web BSN
  • Melepasi semakan kredit BSN termasuk penilaian kelayakan

Untuk membuat semakan sama ada anda layak membuat permohonan bagi pinjaman bercagar KWSP (FSA2 MBSB) ini, sila ikuti langkah berikut:

  1. Daftar dan aktifkan i-Akaun sekiranys perlu*
  2. Semak kelayakan di i-Akaun
  3. Mohon di institusi perbankan yang mengambil bahagian mulai 7 April 2023 (BSN & MBSB)

Daftar dan aktifkan i-Akaun di Self Service Terminal (SST) di cawangan KWSP berdekatan bagi membolehkan anda menerima nombor Transaction Authorisation Code (TAC) bagi tujuan semakan kelayakan.

Layari https://fsa2.kwsp.gov.my/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fasiliti Sokongan Akaun KWSP 2 ini

insan-i bsn

Cara Permohonan Insan-i (Pinjaman Bercagar KWSP BSN)

Untuk memohon, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sila layari laman web rasmi BSN yang berikut untuk membuat permohonan : https://www.bsn.com.my/page/Insan-i
  2. Memahami dan menerima Kesedaran & Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2
  3. Isi nama dan kad pengenalan, semak kelayakan KWSP untuk permohonan.
  4. Klik teruskan dan sahkan identiti anda menerusi nombor TAC yang diterima.
  5. Isikan jumlah dan tahun pembiayaan yang ingin dipohon.
  6. Lengkapkan maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan pembiayaan.
  7. Permohonan anda akan diproses dalam 5 hari bekerja berdasarkan penialain kredit dan status bankrap.
  8. Notifikasi SMS akan dihantar sekiranya permohonan diluluskan dan seterusnya melakukan penerimaan tawaran pembiayaan secara atas talian.
  9. Anda boleh menyemak status permohonan melalui https://www.bsn.com.my/page/insan-i menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

  • Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang).
  • Borang Permohonan (atas talian).
  • Notis Permohonan Pengeluaran Awal Bersyarat Umur 50 Tahun atau Umur 55 tahun.
  • Penyata Pendedahan Produk.
  • Kesedaran dan Kefahaman Mengenai BSN MyRinggit Insan-i (Senarai semak soal selidik melalui halaman laman sesawang / portal BSN).
  • Dokumen pendapatan atas permintaan BSN.
  • Dokumen lain yang mungkin diperlukan oleh BSN.

Pembayaran Ansuran Bulanan Insan-i BSN

Adakah saya perlu membuat pembayaran ansuran bulanan atau menunggu sehingga pengeluaran simpanan Akaun 2 KWSP pada umur 50 sehingga 55 tahun di tolak sebagai pembayaran penuh?

Ya, anda perlu membayar secara ansuran setiap bulan sehingga penyelesaian penuh.

Sekiranya pembiayaan anda berjaya,

a) Bayaran ansuran bulanan pertama akan bermula pada tarikh amaun pembiayan penuh diterima pada bulan seterusnya dan/atau pada tarikh yang akan diputuskan oleh BSN mengikut budi bicara.

b) Ansuran bulanan untuk bulan-bulan berikutnya adalah pada tarikh yang sama setiap bulan sehingga tamat tempoh pembiayaan.

Pembayaran ansuran bulanan boleh dilakukan melalui:

  1. Secara tunai di kaunter BSN;
  2. Arahan Tetap Akaun Giro-i BSN ;
  3. Arahan Tetap daripada Institusi Kewangan lain
  4. Melalui IBG/ ATM / CDM / MyBSN

Jika berlaku sebarang kegagalan/kelewatan pembayaran ianya akan menjejaskan rekod kewangan / kredit di dalam laporan Central Credit Reference Information System (CCRIS) dan Credit Tip-Off Service (CTOS) pelanggan.

Maklumat Lanjut

Sila rujuk maklumat sepenuhnya tentang pinjaman bercagar KWSP BSN Insan-i di sini:

Dapatkan maklumat terkini oleh BSN melalui saluran berikut:

Sumber: https://ecentral.my/pinjaman-kwsp-bsn-fsa2/