Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai rumah harapan rakyat RHR seperti cara permohonan, kos pembiayaan perumahan, tempoh permohonan, syarat permohonan, tanggungjawab pemohon.
Lain: Bantuan Khas Kewangan (BKK) Penjawat Awam & Pesara 2023
Rumah Harapan Rakyat
Berikut adalah maklumat mengenai rumah harapan rakyat yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://ecentral.my/rumah-harapan-rakyat/
Permohonan Rumah Harapan Rakyat
Pengenalan
Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Program Rumah Harapan Rakyat bermula pada tahun 2021.
Program ini adalah kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membina satu (1) unit rumah untuk golongan B40 yang masih belum memiliki rumah dan ingin membina rumah di atas bidang tanah masing-masing.
Kos pembiayaan perumahan
Bagi tahun 2023, harga seunit rumah yang akan dibina adalah sebanyak RM85,000.00, manakala amaun pinjaman pembiayaan oleh pemohon adalah sebanyak RM75,000.00 sahaja.
Pinjaman pembiayaan ini adalah tanpa faedah dan bayaran balik selama 300 bulan (25 tahun).
- Harga Seunit – RM85,000.00
- Pinjaman Pembiayaan – RM75,000.00
- Bayaran Deposit 5% – RM3,750.00
- Bayaran Balik – RM238.00 sebulan selama 300 bulan (25 tahun)
Cara permohonan
Individu yang berminat dengan program RHR ini boleh memuat turun borang permohonan dari laman web rasmi kerajaan Negeri Sembilan melalui pautan di bawah:
https://www.pknns.gov.my/perkhidmatan/muat-turun-dokumen/rumah-harapan-rakyat-1
Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dihantar melalui serahan tangan ke alamt berikut:
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
(BAHAGIAN PEMBANGUNAN STRATEGIK)
23-H, TINGKAT 1, JALAN ZAABA,
70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
Tempoh permohonan
Permohonan bagi RHR bagi tahun 2023 ini dibuka dari 16 Januari 2023 hingga 14 April 2023.
Syarat permohonan
Hanya individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut akan dipertimbangkan untuk permohonan bagi program RHR ini:
- Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun (keutamaan kepada anak Negeri Sembilan).
- Keutamaan diberikan kepada yang berkahwin.
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.
- Memiliki tanah (Hak Milik Penuh / Perkongsian), tanah tersebut bersesuaian bagi pembinaan RHR dan bebas dari sebarang gadaian / bebanan ke atasnya.
- Keluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi atau 232 meter persegi.
- Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan. Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan luar. Tanah hendaklah boleh diakses oleh kenderaan berat.
- Keutamaaan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem e-kasih.
Tanggungjawab pemohon
Bagi individu yang berminat dengan Rumah Harapan Rakyat ini, pastikan anda mengikuti prosedur-prosedur berikut:
- Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
- Menandatangani perjanjian pembiayaan dan membayar duti setem
- Membuat pembayaran deposit 5% (RM3,750)
- Menyediakan jalan keluar masuk ke tapak pembinaan melalui spesifikasi
- Menyediakan dan membuat pemyambungan sumber bekalan air dan elektrik
- Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan
Pertanyaan lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi nombor tertera di bawah:
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
(BAHAGIAN PEMBANGUNAN STRATEGIK)
23-H, TINGKAT 1, JALAN ZAABA,
70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
Tel: 06 761 6871
Faks: 06 761 6877
Sumber: https://ecentral.my/rumah-harapan-rakyat/