Cara Semak Baki PTPTN Online dan Tunggakan Terkini

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara Semakan Baki PTPTN Online dan Tunggakan Terkini Serta Permohonan Tunggakan Bayaran PTPTN.

Sumber: Cara Semakan Baki PTPTN Online dan Tunggakan Terkini

Cara Semakan Baki PTPTN Online dan Tunggakan Terkini

Sekarang ni dah tak perlu keluar rumah dan ke kaunter lagi sebab dah boleh buat semakan baki PTPTN online sahaja.

Semuanya di hujung jari kerana Penyata PTPTN online boleh diakses dengan cepat dan mudah melalui Portal Rasmi PTPTN.

Cara Buat Semakan Baki PTPTN Online

Penyata Online PTPTN akan memaparkan baki pinjaman terkini anda, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik yang kita dah buat.

Jadi kita boleh check baki bila-bila masa saja dan tak perlu lagi nak keluar untuk berurusan dengan pihak PTPTN.

Baca juga : MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

Berikut dikongsikan langkah-langkah mudah untuk mengakses portal PTPTN dan membuat semakan baki PTPTN online.

1. Lawati Portal PTPTN

Pertama sekali, lawati laman utama Portal PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/ dan klik ikon ‘Semakan Penyata Pinjaman’.

ptptn online

Atau anda juga boleh terus mengakses page Semakan Pinjaman PTPTN melalui link berikut:

https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/

2. Masukkan No. Kad Pengenalan

Isikan nombor kad pengenalan peminjam yang lengkap di ruang yang tertera.

semakan ptptn online

Klik ‘Semak’ untuk proses seterusnya.

ptptn online

3. Masukkan Kata Laluan

Kemudian, masukkan kata laluan.

Jika terlupa, klik ‘Lupa Kata Laluan’ untuk mendapatkan kata laluan baru melalui e-mel.

*Bagi pengguna kali pertama, anda perlu menghubungi PTPTN bagi mendapatkan kata laluan sementara yang akan dihantar ke e-mel.

**Untuk mendapat respon yang pantas, anda juga boleh menghantar mesej melalui Facebook Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

ptptn online

4. Semak Penyata

Setelah berjaya login, semakan baki PTPTN akan dipaparkan dalam 2 pilihan melalui ikon ‘Penyata Baki’ atau ‘Penyata Baki Terperinci’.

semakan baki ptptn

Penyata Baki akan memaparkan transaksi terkini anda secara ringkas seperti di bawah.

ptptn online

‘Penyata Baki Terperinci’ pula akan memaparkan semua maklumat akaun pinjaman secara lebih terperinci seperti ini.

ptptn online

Penyata ini boleh dicetak bagi tujuan rasmi dengan menekan butang ‘Cetak’.

ptptn online

Bayaran Balik PTPTN Melalui Debit Terus (Direct Debit)

Untuk membuat bayaran balik melalui kaedah debit terus, anda perlu:

1. Mempunyai Akaun Semasa/ Simpanan daripada bank – bank yang seperti di bawah dan berdaftar untuk perkhidmatan perbankan elektronik.

Affin Bank Berhad
Alliance Bank Malaysia Berhad
AmBank Malaysia Berhad
Bank Islam Malaysia
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Bank Simpanan Nasional
Bank Muamalat Malaysia Berhad
CIMB Bank Berhad
HSBC Bank Malaysia Berhad
Hong Leong Bank Berhad
Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
Malayan Banking Berhad (M2U)
Malayan Banking Berhad (M2E)
OCBC Bank Malaysia Berhad
Public Bank Berhad
RHB Bank Berhad
Standard Chartered Bank
United Overseas Bank

2. Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran Balik Pinjaman) di PTPTN.

3. Untuk Bayaran Balik Pinjaman, anda dikehendaki untuk mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun pinjaman Islamik (Ujrah) atau akaun pinjaman Konvensional.

4. Transaksi yang berjaya akan dikemaskini di penyata pinjaman dalam masa 3 hari bekerja.

5. Untuk manual permohonan debit terus, KLIK DI SINI atau rujuk lampiran di bawah:

Panduan-Manual-Debit-TerusDownload

​Klik pautan di bawah untuk membuat permohonan pembayaran balik melalui kaedah debit terus:

Apple App Store ​
https://apple.co/3JKH6rA ​

Google Play Store ​
https://lnkd.in/djBFAXVA ​

Huawei App Gallery ​
https://lnkd.in/dS9u5dpS​

Cara Memohon Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

Tahukah anda, selain membuat semakan baki PTPTN online, terdapat pelbagai lagi e-Perkhidmatan yang boleh diakses oleh peminjam.

Jika peminjam mempunyai masalah untuk membuat bayaran balik, terdapat 2 pilihan yang boleh dilakukan oleh peminjam iaitu:

  1. Memohon Penangguhan bayaran balik PTPTN; atau
  2. Memohon Penjadualan / Penstrukturan Semula Bayaran Ansuran Bulanan

Berikut adalah maklumat tambahan tentang cara membuat kedua-dua permohonan berikut.

i) Memohon Penangguhan PTPTN

Pemohon boleh membuat permohonan untuk membuat penangguhan bayaran balik PTPTN atas sebab-sebab tertentu seperti kehilangan punca pendapatan, menghadapi masalah kewangan dan sebagainya.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Surat permohonan rasmi penangguhan atau borang permohonan penangguhan yang boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN.
  2. Salinan surat tawaran pengajian.
  3. Salinan surat tawaran penaja baru (jika mendapat tajaan dari penaja lain selain PTPTN/ jika melanjutkan pengajian ke luar negara).
  4. Surat pengesahan tarikh tamat pengajian dari IPT (jika tiada dalam surat tawaran).
  5. Sesalinan transkrip dan sijil bagi peringkat pengajian yang telah tamat (jika berkaitan).

Nota:

  • Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
  • Kos upah tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.

Baca juga: Cara Memohon Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

ii) Penjadualan / Penstrukturan Semula Bayaran Balik PTPTN

Bagi mengurangkan bebanan ansuran bayaran balik secara bulanan, peminjam juga boleh membuat penjadualan atau penstrukturan semula.

Penjadualan ialah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk menjadualkan semula Jadual Bayaran Balik (JBB) bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.

Penstrukturan pula adalah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk mengubah struktur JBB dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam.

Melalui kaedah ini, tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.

Maklumat Lanjut

Diharapkan dengan perkongsian info ini, peminjam dapat melakukan urusan semakan baki PTPTN online dengan lebih lancar.

Follow media sosial PTPTN di Facebook Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Anda boleh mengajukan mesej peribadi di Facebook untuk mendapatkan respon yang pantas melalui admin PTPTN.

Anda juga boleh terus membuat panggilan ke nombor telefon Careline: 03 – 2193 3000, Faks: 03 – 2193 1263 atau e-Aduan iCare di portal rasmi PTPTN.

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan melalui pelbagai saluran lain melalui pos di alamat surat menyurat :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.