Sumbangan Tunai Rahmah 2023 (STR) Kerajaan Perpaduan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2023 (STR) Kerajaan Perpaduan Fasa 1 bernilai 1.67 Bilion.

Sumber: Sumbangan Tunai Rahmah 2023 (STR) (ecentral.my)

sumbangan tunai rahmah str 2023

Sumbangan Tunai Rahmah 2023 (STR)

PROGRAM bantuan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas.

Selaras dengan itu, kata beliau, kerajaan telah memperkenalkan konsep ‘Payung Rahmah’ sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

STR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.

sumbangan tunai rahmah str 2023

Tarikh Bayaran STR Fasa 1

Perdana Menteri memaklumkan, STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan ini berbanding perancangan awal pada bulan Mac depan.

Menurut Perdana Menteri, ia bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

TARIKH BAYARAN STR BAGI PENERIMA ADA AKAUN BANK

Pembayaran STR Fasa 1 akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).

sumbangan tunai rahmah str 2023
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

TARIKH BAYARAN STR BAGI PENERIMA TIADA AKAUN BANK

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran tersebut pada tarikh sama.

Jelasnya, penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai esok.

Sila rujuk notis Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 oleh Bank Simpanan Nasional di bawah:

sumbangan tunai rahmah str 2023

Jumlah Bayaran Setiap Kategori Penerima

Kategori PenerimaKadar STR Fasa 1
Isi RumahRM300
Warga Emas Tiada PasanganRM100
BujangRM100

Pembayaran itu melibatkan empat juta kategori isi rumah yang menerima RM300; 1.2 juta warga emas tiada pasangan dan 3.5 juta golongan bujang yang masing-masing mendapat RM100.

BELANJAWAN 2023 : Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bagi Golongan B40

Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak terima Sumbangan Tunai Rahmah sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.

Keluarga kumpulan miskin tegar layak terima Sumbangan Tunai Rahmah sehingga maksimum RM3,100.

sumbangan tunai rahmah str 2023
sumbangan tunai rahmah str 2023

Penerima STR termiskin ini adalah mengikut data e-Kasih.

Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023.

Info terkini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

str 2023

LOG MASUK MYSTR

Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.

Pendaftaran MySTR

  1. Klik MySTR dan pastikan no MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023
  2. Masukkan Maklumat Keselamatan
  3. Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
  4. Pendaftaran berjaya
bantuan tunai hasil str sumbangan tunai rahmah 2023

Soalan Lazim STR 2023

Berikut adalah senarai Soalan Lazim STR 2023 yang dimuatnaik di laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah oleh LHDNM :

sumbangan tunai rahmah str 2023
sumbangan tunai rahmah str 2023
sumbangan tunai rahmah str 2023

Bilakah Pembayaran STR Fasa 1?

Pembayaran STR Fasa 1 adalah seperti berikut:

Ada Akaun Bank – Mulai 17 Januari 2023 secara
berperingkat. (Dikreditkan ke akaun
bank yang didaftarkan semasa
permohonan Bantuan Keluarga
Malaysia (BKM) 2022)

Tiada Akaun Bank – Tuntutan tunai di cawangan Bank
Simpanan Nasional (BSN) mulai 17
Januari 2023.

Berapakah amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima yang layak?

RM 300 : Penerima Isi Rumah
i. Kahwin
ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT)
Mempunyai Anak

RM100 : . Warga Emas Tiada Pasangan

RM 100 : Bujang

Siapakah yang layak menerima pembayaran pada STR Fasa 1?

Penerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022.

Adakah saya perlu mengemaskini permohonan STR terlebih dahulu sebelum menerima pembayaran Fasa 1?

Tidak. Pembayaran STR Fasa 1 adalah berdasarkan data Lulus BKM 2022.

Bagaimanakah kaedah pembayaran STR Fasa 1?

Pembayaran STR Fasa 1 berdasarkan kaedah pembayaran terakhir BKM 2022 seperti berikut:

i. Kredit ke akaun bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.

ii. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
a. Pembayaran terakhir BKM 2022 adalah secara tunai
b. Status pengkreditan gagal kredit
c. Tiada maklumat akaun bank.

Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya adalah penerima bayaran STR Fasa 1?

Semakan status bayaran boleh dibuat mulai 17 Januari 2023 melalui:
i. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM,
https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Pembayaran Fasa 1; atau
ii. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
iv. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
v. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status pembayaran melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my?

Semakan boleh dibuat pada menu Semakan Pembayaran Fasa 1 seperti berikut:
i. Klik Log Masuk MySTR
ii. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
iii. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
iv. Masukkan Kata Laluan
v. Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
vi. Maklumat yang akan dipaparkan
a. Nama Pemohon
b. No Mykad Pemohon
c. Status Permohonan
d. Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022

mystr

Muat turun PDF :

SOALAN LAZIM (FAQ)
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023

SOALAN_LAZIM_FAQ_PEMBAYARAN_FASA_1_STR2023Download

Baca juga: STR Fasa 2