Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Tawaran Bantuan Zakat UTM Johor, Cara Permohonan serta Syarat Kelayakan.
Sumber: Tawaran Bantuan Zakat untuk UTM Johor
Tawaran Bantuan Zakat UTM Johor
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan UTMSPACE Kampus Johor kini mengalu-alukan pelajar Ijazah Sarjana Muda untuk memohon Bantuan Zakat UTM Johor.
Bantuan yang disalurkan oleh Unit Zakat dan Kebajikan, Pusat Islam UTM Johor ini bertujuan untuk meringankan beban para pelajar yang tergolong sebagai Fakir Miskin.
Baca Juga : Skim Bantuan Dermasiswa Sukan: Majlis Sukan Negeri Johor
Tarikh Permohonan
Pelajar yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan bantuan zakat UTM bermula 17 Oktober 2022 sehingga 31 Oktober 2022.
Jenis Bantuan Zakat UTM Johor
Untuk maklumat, bantuan zakat yang ditawarkan terbahagi kepada dua jenis iaitu :
- Bantuan Zakat Yuran Pengajian : Terbuka untuk mahasiswa yang memerlukan bantuan untuk selesaikan yuran pengajian.
- Bantuan Zakat Sara Diri : Khas untuk mahasiswa yang memerlukan bantuan kewangan untuk kegunaan harian semasa berada di kampus.
Syarat Permohonan
Pelajar yang ingin memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Beragama Islam dan Warganegara Malaysia.
- Mahasiswa UTM sepenuh masa Kampus UTM Johor Bahru.
- Tidak menerima zakat atau sumbangan daripada pihak lain.
- Tidak mendapat apa-apa tajaan, biasiswa, atau bantuan kewangan, dan sekiranya ada tidak mencukupi (nyatakan sebab).
- Tergolong dalam golongan Fakir Miskin (Jumlah pendapatan ibu & bapa/penjaga kurang RM3000 dan dengan tanggungan 4 orang dan ke atas).
- Permohonan dibuat sekali sahaja dalam satu semester.
Cara Memohon
Calon boleh ikuti langkah-langkah permohonan bagi Bantuan Zakat UTM seperti berikut :
i) Pelajar Ijazah Sarjana Muda UTM
Untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda UTM, permohonan boleh dibuat di http://www.my.utm.my.
ii) Pelajar UTMSPACE
Pelajar UTMSPACE boleh membuat permohonan dengan mengisi google form di pautan berikut https://forms.gle/TfedLRtSj2A4Ds5E8
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan ini, sila hubungi 019-6861361 (Admin Zakat UTMJB) atau 013-277 7214 (En. Rashid, UTMSPACE).