Dermasiswa B40 JPA 2022: Cara Permohonan Online dan Semakan

Dermasiswa B40 JPA 2022 : Cara Permohonan Online dan Semakan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenaDermasiswa B40 JPA 2022 serta cara Permohonan dan Semakan.

Artikel lain: Caruman Anak Baru Lahir RM100

Dermasiswa B40 JPA 2022: Cara Permohonan Online dan Semakan

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa calon-calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40.

Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.

Apa Itu Dermasiswa B40 JPA

Dermasiswa B40 JPA adalah satu program untuk membantu pelajar SPM 2021 di dalam golongan keluarga berpendapatan rendah iaitu kalangan B40 bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).

Tarikh Permohonan Dermasiswa B40 JPA 2022

Permohonan ini dibuka selama sepuluh (10) hari bermula pada 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang.

Syarat Kelayakan Dermasiswa B40 JPA

Syarat kelayakan untuk memohon program ini adalah seperti di bawah :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
  4. Menduduki peperiksaan SPM 2021 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian.
  5. Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
  6. Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.

Syarat Khusus yang ditetapkan kepada pemohon adalah seperti ini :

PerkaraSyarat Khusus
Bagi Universiti Awam (UA)/ Politeknik yang dikenalpasti.1. Menduduki SPM 2021 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana 3 subjek lain yang diambil.

2. Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
Bagi Institut Kemahiran Awam yang merangkumi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)/Institut Kemahiran MARA/Kolej Kemahiran Tinggi MARA/Kolej Komuniti/Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)/Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).1. Menduduki SPM 2021 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana 1 subjek lain yang diambil.

2. Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

Permohonan Dermasiswa B40 JPA

PerkaraPautan
Permohonan Online Dermasiswa B40 JPAhttps://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=DMSW.

Cara Memohon Dermasiswa B40 JPA 2022

Permohonan Dermasiswa B40 boleh dibuat melalui online di laman web eSILA di atas selama 10 hari mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2022 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di laman sesawang eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2022 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Tarikh Semakan Dermasiswa B40 JPA

Tarikh semakan keputusan Dermasiswa B40 akan dibuka pada minggu ke 2 bulan 9 2022.

Semakan Dermasiswa B40

Semakan Keputusan Permohonan Dermasiswa B40

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my pada minggu ke-2 bulan September 2022. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA. Sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Rujukan

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call centre iaitu 03-8885 3297 mulai 18 sehingga 22 Julai 2022 (5 hari) dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang.

Calon juga boleh mengemukakan pertanyaan menerusi e-mel penajaan2022@jpa.gov.my (e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Sumber: https://kerajaanonline.com/dermasiswa-b40-jpa/