Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan dan info mengenai Portal eHasil Selangor untuk semakan cukai dan pembayaran cukai tanah dan pembayaran cukai petak
Lain: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Boleh Dilakukan Sebelum Pencen
eHasil Selangor
Berikut adalah maklumat mengenai ehasil selangor yang dikongsikan oleh https://ecentral.my/ehasil-selangor/
Portal eHasil Selangor
Berikut adalah info mengenai ehasil selangor.
Kelebihan eHasil Selangor
Portal ini diwujudkan untuk menawarkan kelebihan seperti berikut :
Pembayaran Secara Atas Talian
Pengguna boleh membuat pembayaran secara atas talian dengan menggunakan perkhidmatan perbankan internet (FPX), kad kredit atau akaun perniagaan (B2B)
Mudah Diakses
Portal eHasil mudah dicapai hanya menggunakan capaian internet dan tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
Pembayaran Lebih Pantas
Dengan tetapan akaun kegemaran, pembayaran boleh dilakukan dengan lebih pantas tanpa perlu memasukkan nombor akaun.
Muat Turun Salinan Bil dan Resit
Salinan bil terkini boleh dimuat turun secara atas talian. Pengguna juga dapat melihat rekod sejarah transaksi pembayaran serta memuat turun salinan resit pembayaran.
Cara Buat Pembayaran Cukai Tanah di eHasil Selangor
Untuk buat pembayaran secara atas talian, sila ke pautan https://ehasil.selangor.gov.my/ dan klik butang ‘BUAT PEMBAYARAN SEKARANG’.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk atau hubungi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor melalui butiran berikut :
Alamat :
Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40576, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Telefon :
Pejabat : 03-5544 7343 / 03-5544 7328 / 03-5520 5636
Faks : 03-5513 6707
Sumber: https://ecentral.my/ehasil-selangor/