Cara Mohon Latihan Separa Perubatan 2023

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info permohonan Latihan Separa Perubatan seperti syarat kelayakan, jenis latihan & tarikh tutup permohonan

Lain: Cara Permohonan Online Skim Peduli Sihat serta Semak Kelayakan

Latihan Separa Perubatan

Berikut adalah panduan mengenai latihan separa perubatan yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Permohonan Latihan Separa Perubatan 2023 (2560 Kekosongan) (ecentral.my)

Apa itu Latihan Separa Perubatan

Menurut permohonan.my, Latihan Separa Perubatan merupakan satu kursus atau program yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pelajar lepasan SPM yang berusia daripada 17 tahun hingga 25 tahun. Terdapat sebanyak 11 latihan ditawarkan untuk program Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil bagi tahun 2023.

JAWATAN : LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN SIJIL (SESI JANUARI TAHUN 2024)

KUMPULAN PELAKSANA (SPM)

KEKOSONGAN : 2,560

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2023 (2560 Kekosongan)

Sesi Pengambilan Latihan Separa Perubatan 2023

Sesi pengambilan adalah 2 kali setahun iaitu bagi kemasukan Januari dan Julai. Terdapat dua jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:

  • Latihan Separa Perubatan_Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan : 3 Tahun); dan
  • Latihan Separa Perubatan_Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan : 2 Tahun)

Syarat Kelayakan Latihan Separa Perubatan

Calon yang berjaya dipilih latihan ini akan mengikuti Latihan Separa Perubatan di ILKKM dan Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.

Berikut adalah syarat kelayakan latihan separa perubatan:

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V);
  • Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon, sila rujuk jenis-jenis Latihan Separa Perubatan.

Kategori Pemohon dan Had Umur

  • Pemohon merupakan calon lepasan SPM/SPMV:
    • i. Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada sesi pengajian semasa.
  • Pemohon merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan yang layak dipertimbangkan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
    • i. Umur tidak melebihi 51 tahun pada sesi pengajian semasa;
    • ii. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan disahkan dalam perkhidmatan; dan
    • iii. Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).
  • Pemohon merupakan PSB dalam mana-mana skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan:
    • i. Umur tidak melebih 38 tahun pada sesi pengajian semasa;
    • ii. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan disahkan dalam perkhidmatan; dan
    • iii. Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).

Sila rujuk poster untuk maklumat ringkas tentang syarat kelayakan akademik bagi mengikuti Latihan_Separa Perubatan.

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2023 jururawat kkm
latihan separa perubatan
latihan separa perubatan
latihan separa perubatan

Perincian selanjutnya boleh dirujuk di Portal Rasmi SPA (https://www.spa.gov.my/…/gaji…/).

Jenis Latihan Separa Perubatan

Berikut merupakan senarai 10 Jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang ditawarkan:

BIL.NAMA JAWATAN
1.Latihan Jururawat
2.Latihan Penolong Pegawai Perubatan
3.Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
4.Latihan Juru X-Ray (Diagnostik/Terapi)
5.Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
6.Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
7.Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
8.Latihan Penolong Pegawai Farmasi
9.Latihan Juruteknologi Pergigian
(Sesi Pengambilan Julai sahaja)
10.Latihan Juruterapi Pergigian
(Sesi Pengambilan Julai sahaja)

Berikut merupakan senarai 2 Jenis Latihan Separa_Perubatan Bertaraf Sijil yang ditawarkan:

BIL.NAMA JAWATAN
1.Latihan Pembantu Kesihatan Awam
2.Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Senarai Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM)

  • ILKKM Sungai Buloh
  • ILKKM Sultan Azlan Shah
  • ILKKM Johor Bahru
  • ILKKM Kota Kinabalu
  • ILKKM Kuching
  • ILKKM (Kejururawatan) Alor Setar
  • ILKKM (Pembantu Perubatan) Alor Setar
  • ILKKM (Kejururawatan) Batu Pahat
  • ILKKM (Kejururawatan) Bertam
  • ILKKM (Kejururawatan) Kangar
  • ILKKM (Teknologi Makmal Perubatan) Kuala Lumpur
  • ILKKM (Kejururawatan) Kuala Pilah
  • ILKKM (Kejururawatan) Kubang Kerian
  • ILKKM (Pembantu Perubatan) Seremban
  • ILKKM (Kesihatan Awam) Kuching
  • ILKKM (Kejururawatan) Sandakan
  • ILKKM (Kejururawatan) Sibu
  • ILKKM (Kejururawatan) Tawau
  • ILKKM Cawangan Kuantan
  • ILKKM Cawangan Kuala Terengganu
  • Pusat Pergigian Kanak-kanak & ILKKM (Pergigian) Georgetown

Tarikh Tutup Permohonan Latihan Separa Perubatan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Julai 2023 (Isnin), jam 11.59 malam

Cara Permohonan Latihan Separa Perubatan

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :

https://spa9.spa.gov.my/login

Sumber: Permohonan Latihan Separa Perubatan 2023 (2560 Kekosongan) (ecentral.my)