Permohonan Jawatan Kosong Guru Kafa Setiap Negeri

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai jawatan kosong guru kafa serta cara memohon jawatan kosong guru kafa bagi setiap negeri.

Lain: Bantuan Awal Persekolahan 2023 : RM150 Bagi Semua Murid

Jawatan Kosong Guru Kafa Setiap Negeri

Berikut adalah maklumat jawatan kosong guru kafa yang dikongsikal oleh artikel asal di laman https://kekandamemey.com/jawatan-kosong-guru-kafa.html

Apa itu Kafa

KAFA ialah kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain bermula Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan mengguna pakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan mengikut jadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kelas ini adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asas-asas Fardhu Ain.

Syarat Kelayakan Guru Kafa

Syarat kelayakan asas yang ditetapkan adalah

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Sihat tubuh badan dan disahkan oleh Pengamal Perubatan atau Pergigian Berdaftar;
  4. Pemohon memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kelulusan berikut:
    • Kepujian dalam Bahasa Melayu (sekurangnya Gred C).
    • Merupakan lepasan Sekolah Menengah Agama atau Sekolah Menengah Kebangsaan dengan kepujian dalam Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah.
    • Berpengetahuan dalam bacaan Al-Quran dan tulisan jawi; dan
    • Lulus bagi subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).

NOTA: Syarat khusus tertakluk kepada Jabatan Agama Islam bagi negeri masing-masing

Kadar Bayaran Elaun Guru Kafa

Elaun guru KAFA akan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM. Selain itu, caruman KWSP yang ditetapkan adalah 9% dan caruman PERKESO pekerja yang dipotong daripada elaun pekerja.

Tarikh Permohonan Jawatan Guru Kafa

Tarikh permohonan adalah mengikut tawaran yang ditawarkan pada setiap negeri. Anda boleh menyemak pautan Jabatan Agama Islam bagi negeri masing-masing

Cara Permohonan Guru Kafa Setiap Negeri

Berikut adalah senarai pautan bagi laman permohonan Guru Kafa bagi Setiap negeri:

Panduan Permohonan Guru Kafa

Berikut adalah merupakan cara membuat permohonan secara online:

  • Klik pada pautan Jabatan Agama Islam Negeri anda
  • Klik pada pautan permohonan Guru Kafa (akan dibuka sekiranya terdapat tawaran kekosongan)
  • Isi borang permohonan dengan lengkap.
  • Pastikan semua maklumat permohonan diisi.
  • Muat naik dokumen yang diperlukan.
  • Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan..

Ujian Kelayakan Guru Kafa

Pemohon yang layak untuk menduduki Ujian Kelayakan Guru KAFA Kedah (Online) yang akan dimaklumkan melalui email dalam tempoh 7 hari selepas tarikh tutup permohonan (tertakluk kepada perubahan).

Sumber: https://kekandamemey.com/jawatan-kosong-guru-kafa.html