Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai e-pengambilan TUDM & semakan panggilan terkini 2022.
Artikel lain: E-Pengambilan PDRM & Semakan Panggilan
Kerjaya Dan Pengambilan TUDM: E-Pengambilan TUDM 2022
Berikut adalah panduan cara memohon rumah PRIMA 2022 yang diambil dari laman https://kerajaanonline.com/kerjayadanpengambilantudm-mil-my/
Kerjaya Dan Pengambilan TUDM: E-Pengambilan TUDM 2022
Untuk makluman anda, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telahpun membuka pengambilan Perajurit Muda (PJM) Siri 66/23 (Lelaki) melalui online di laman web e-Pengambilan TUDM.
Bagaimanakah cara permohonan e-pengambilan TUDM 2022? Apakah syarat kelayakan dan gaji?
Tarikh Permohonan TUDM 2022
Pemohon yang berminat boleh memohon bermula pada 22 Ogos 2022 dan tarikh tamat permohonan Perajurit Muda Lelaki adalah 23 September 2022.
Syarat Kelayakan Perajurit Muda TUDM
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk pengambilan Perajurit Muda (PJM) Siri 66/23 (Lelaki) TUDM 2022:
- Lelaki warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga TIDAK melebihi 25 tahun pada 1 Mac 2023.
- Lepasan SPM atau SVM.
- Lepasan Sijil SKM Tahap 2 dan SKM Tahap 3.
- Lepasan diploma dari Politeknik / Universiti Awam / Universiti Swasta.
Syarat Asas Perajurit Muda TUDM
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 Mac 2023.
- TIDAK BERKAHWIN bagi calon wanita.
Calon Lepasan Diploma Kejuruteraan
Calon-calon yang mempunyai Diploma Kejuruteraan dalam bidang Mekanikal, Elektrikal, Elektronik dan berkaitan dengan fungsi Tred Kejuruteraan TUDM.
Calon Lepasan Diploma
Calon-calon yang mempunyai Diploma dalam bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan akan diberi keutamaan.
Kelayakan Akademik Bagi Lepasan SPM / SVM
Calon-calon yang mempunyai KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Fizik
- Kimia
Taraf Kesihatan
- Taraf Kesihatan: Sihat tubuh badan, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidapi penyakit lelah, penyakit kronik dan penyakit keturunan.
- Penglihatan: Mempunyai penglihatan yang jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.
Syarat Minimum Ukuran Fizikal Perajurit Muda TUDM
UKURAN | LELAKI |
Tinggi Minimum | 1.65 Meter |
Berat Minimum | 49 KG |
BMI | 18 Hingga 25 |
Syarat Fizikal Pengambilan TUDM (Lelaki)
UKURAN | WANITA |
Tinggi Minimum | 1.57 Meter |
Berat Minimum | 45 KG |
BMI | 18 Hingga 25 |
Syarat Fizikal Pengambilan TUDM(Wanita)
Gaji Perajurit Muda TUDM
Gaji Permulaan:
GAJI TUDM 2022 | JUMLAH |
Latihan Perajurit Muda (6 bulan) | RM 1,774.00 |
Skim SPM atau SVM | RM1,879.00 |
Skim SKM Tahap 2 | RM 1,945.01 |
Skim SKM Tahap 3 | RM 2011.02 |
Skim Diploma Kejuruteraan | RM 2,341.07 |
Jumlah termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Khas ATM (RM200)
KENAIKAN TAHUNAN: Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat.
Bayaran Elaun Dan Insentif
- Bayaran Insentif Khas Pasukan Udara
- Bayaran Insentif Krew kapal Terbang
- Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung
- Tuntutan Perjalanan dari Rumah ke Tempat Bertugas
- Tuntutan Cuti Tahunan
Keistimewaan
- Rawatan perubatan dan pergigian
- Pakaian seragam
- Waran perjalanan tahunan
- Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
- Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Cara Memohon Perajurit Muda TUDM
Kepada pemohon yang berminat untuk membuat permohonan Perajurit TUDM (PJM) Siri 66/23 (Lelaki) 2022 melalui online boleh ikuti panduan lengkap di bawah ini:
Permohonan Perajurit TUDM (PJM) Siri 66/23 (Lelaki) 2022 boleh di buat di laman sesawang kerjayadanpengambilantudm.mil.my
Daftar Akaun E-Pengambilan TUDM
Pemohon dikehendaki mendaftar akaun terlebih dahulu jika ini adalah permohonan kali pertama. Jika sudah akaun anda boleh terus login masuk ke portal.
PERKARA | PAUTAN |
Pendaftaran Akaun E-Pengambilan TUDM Online | Daftar Akaun E-Pengambilan TUDM |
Login E-pengambilan TUDM
PERKARA | PAUTAN |
Log Masuk E-Pengambilan TUDM | Login E-Pengambilan TUDM |
- Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).
- Log masuk di https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/ ke bahagian pemohon.
- Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
- Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.
- Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
- Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
- Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
- Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.
Rujukan
Sebarang soalan atau persoalan, pemohon boleh hubungi pihak yang bertanggunjawab di bawah ini:
Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM
No Tel : 03-40170100 / 013-6893814
Hari : Isnin – Jumaat
Masa : 9.00pg – 4.00ptg
Facebook : Kerjaya & Pengambilan TUDM.