Pra Diploma UiTM : Semakan Permohonan & Keputusan

Pra Diploma UiTM : Semakan Permohonan & Keputusan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Pra Diploma UiTM : Semakan Permohonan & Keputusan

Semakan Jaya ke Pra Diploma UiTM Fasa 2 Sesi Kemasukan Oktober 2022

Hebahan Keputusan Program Pra Diploma Lepasan SPM (FASA 2) Sesi 1 2022/2023 boleh disemak mulai 7 September 2022 (Rabu) pada jam 12.00 tengah hari.

pra diploma

Program Pra Pendidikan Tinggi ( PPT) atau Pra Diploma UiTM adalah peluang terbaik sekiranya anda masih belum mendapat tempat di Universiti Awam melalui UPU.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.

Apakah Pra Diploma UiTM?

Program Pra Pendidikan Tinggi UiTM ini dahulunya adalah program yang dikenali sebagai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Program ini berteraskan kepada falsafah universiti yang percaya bahawa bahawa seseorang individu itu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni.

Tujuan utama program PPT adalah untuk mengambil pelajar – pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi keputusan SPM yang kurang menepati syarat-syarat keperluan UPU.

Program PPT adalah terbuka kepada golongan B40 dan juga bukan B40 agar kesemua mereka dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

diploma uitm

Kelebihan Pra Diploma UiTM

  1. Penempatan mengikut alamat pemohon / kampus terdekat.
  2. Elaun bantuan bagi kategori pemohon B40
  3. Kelayakan minimum mengikut kos yang ditawarkan
  4. Laluan akademik sehingga ke peringkat tertinggi di UiTM
  5. Laluan khas utk kategori Atlet, B40, OKU & Orang Asli

Senarai Program Pra Diploma UiTM Yang Ditawarkan

Ambilan pelajar dibuat dua kali setahun dan kesemua maklumat terkini berkaitan ambilan akan dipaparkan di laman web PPT dari masa kesemasa.

Berikut adalah senarai program yang ditawarkan:

pra diploma uitm

https://pppt.uitm.edu.my/pradiploma/images/kitpromosi/mobile/index.html

Senarai Kampus PPT

Berikut adalah senarai kampus PPT UiTM berdasarkan kursus Pra Diploma yang ditawarkan:

pra diploma uitm

Cara Permohonan

Calon boleh membuat permohonan no pin PERCUMA dengan e-melkan NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN & NO TELEFON kepada SENARAI EMEL PPT MALAYSIA  atau boleh klik pada pautan in

Baca Juga:

Cara Semakan Keputusan Pra Diploma UiTM

Hebahan Keputusan Program Pra Diploma Lepasan SPM (FASA 2) Sesi 1 2022/2023 boleh disemak mulai 7 September 2022 (Rabu) pada jam 12.00 tengah hari.

Sila layari online.uitm.edu.my bermula 7 September 2022 (Rabu), Jam 12.00 Tgh Hari

keputusan diploma

Klik setuju terima & Pendaftaran pelajar secara online: 7 September 2022 (Rabu) hingga 25 September 2022 (Ahad)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi PPT di talian 03 -5521 1306 / 1444 / 1449 / 1448 / 1416 atau emel kepada pptshahalam@uitm.edu.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://online.uitm.edu.my

Pengarah
Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

Sumber: https://ecentral.my/pra-diploma-uitm/