Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai tarikh pengumuman dividen tabung haji 2022 serta jangkaan kadar dividen th 2022
Lain: Bajet 2023: Diskaun PTPTN Sehingga 20%
Dividen Tabung Haji 2022 TH
Maklumat mengenai dividen tabung haji 2022 th berikut dikongsikan oleh artikel asal di laman https://ecentral.my/hibah-dividen-tabung-haji-2022/
Jangkaan Kadar Dividen TH 2022
Pakar ekonomi menjangkakan Lembaga Tabung Haji (TH) mengisytiharkan dividen dalam lingkungan 2.75 peratus hingga 3.10 peratus tahun ini disebabkan persekitaran ekonomi domestik dan antarabangsa yang buruk selain TH juga perlu terus melaksanakan strategi pemulihannya.
Ketika tempoh sukar dengan keadaan pasaran tidak menentu ini, TH telah mula melaksanakan strategi yang ditetapkan untuk masa depan sebagai satu tindak balas terhadap cabaran luaran dan dalaman.
Kadar dividen diunjurkan sama, jika tidak lebih rendah, berbanding tahun lepas. Ia hampir pasti tidak akan lebih tinggi kerana pasaran masih menjalani pemulihan, perlu ingat bahawa TH sedang menghadapi cabaran untuk mengekalkan keuntungan, mengisytiharkan dividen yang baik, dan, yang paling penting mengenai kos haji, yang kini meningkat secara mendadak.
Jangkaan itu berdasarkan penilaian ke atas prestasi TH bagi separuh pertama tahun ini, yang menyaksikan kos operasi dan pentadbirannya meningkat sebanyak 3.6 peratus, yang setanding dengan kadar inflasi semasa.
Sumber: Ringgit Dan Sen
Tarikh pengumuman dividen Tabung Haji biasanya dibuat pada bulan Februari / Mac tahun kewangan berikutnya.
Pada tahun 2022, pengumuman dibuat pada 24 Februari 2022 dan pendeposit boleh menyemak pengkreditan Agihan Keuntungan TH 2021 bermula pada 27 Februari 2022.
Manakala pada tahun 2021, Pengumuman Agihan Keuntungan TH 2020 dibuat pada 2 Mac 2021 dan Para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing selepas pukul 12 tengah hari pada hari Rabu, 3 Mac 2021.
Semakan dividen Tabung Haji ini boleh dibuat melalui
- Portal Internet : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB & Ambank
- THiJARI
- ATM : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank & CIMB
Cara Semakan Dividen (Hibah) & Bonus Tabung Haji 2022
Di sini dikongsikan cara membuat semakan dividen Tabung Haji 2021 / 2022 secara online melalui portal THiJARI:
- Dapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di www.thijari.com.my.
- Masukkan login ID yang telah didaftarkan.
- Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI.
- Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan.
- Anda boleh semak pada ‘Penyata Akaun’ > Bulan Februari 2022 atau ‘Transaksi Terkini’.
Jumlah dividen yang dikreditkan akan ditulis sebagai AGIHAN KEUNTUNGAN 2021 (seperti dalam gambar di bawah).
Kadar Agihan Keuntungan TH 2021
Untuk makluman, bagi tahun lalu, Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan (hibah / dividen) sebanyak 3.10% selepas jumlah yang dizakatkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
- Agihan keuntungan 2021 adalah lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan (iaitu, 2.36 peratus) dan zakat juga telah diambil kira untuk dilunaskan bagi pihak pendeposit.
- TH memperuntukkan RM107 juta untuk melunaskan zakat bagi pihak pendeposit bagi tahun 2021.
- Kedudukan kewangan TH terus kekal kukuh dengan aset berjumlah RM88.73 bilion melebihi liabiliti berjumlah RM85.51 bilion pada 31 Disember 2021.
- Jumlah Aset pada RM88.73 bilion dan jumlah Deposit pada RM83.33 bilion merupakan yang tertinggi di dalam sejarah THselama 59 tahun.
Pendeposit Tidak Perlu Bayar Zakat Lagi Setelah Menerima Dividen Tabung Haji
Pada masa sama, TH turut melunaskan pembayaran zakat sebanyak RM106.2 juta bagi tahun 2020 berbanding RM86 juta pada 2019.
“Oleh itu, para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka.
“Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara,” kata TH.
Cara Pengiraan Dividen TH
Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2021 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2021 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, contohnya 3.10% bagi tahun 2021.
Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:
Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2021 / Bilangan Bulan) x 3.10%
Maklumat Lanjut
Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50
Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)
Follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di Facebook Official : Lembaga Tabung Haji
Soalan Lazim : https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/maklumat-am/agihan-keuntungan-2021
Sumber: https://ecentral.my/hibah-dividen-tabung-haji-2022/